MAKLUMAN
Saya kembali dengan jawapan terhadap janji untuk menyemak cuti tanpa rekod
memasuki peperiksaan. Jawapan asas yang diperoleh hasil percakapan di
telefon dengan pegawai JPA pada pagi ini iaitu pemberian cuti tanpa rekod
memasuki peperiksaan:
- terpulang kepada Ketua
Jabatan
- tidak kira apa jenis
periksa
Benar,
seperti yang saya rasakan jika peperiksaan diadakan pada malam hari, waktu
kerja pegawai siang sahaja (normal), masa peperiksaan tidak termasuk dalam masa
tugas, pegawai tidak perlu cuti tanpa rekod. Jika perlu melakukan persediaan
pegawai boleh memohon cuti rehat. Tetapi pegawai ada bertanya lagi jika cuti
tanpa rekod perlu dipohon untuk masa periksa yang termasuk dalam masa tugas,
mengapa cuti tanpa rekod tetap diberi satu hari jika periksa diadakan
waktu siang untuk tempoh contohnya 2.00 petang hingga 4.00 petang?
Kesimpulan
yang kami sepakati tentang cuti tanpa rekod memasuki peperiksaan ini:
PENYELESAIAN
1
i.
Pegawai
tidak perlu mohon cuti tanpa rekod
ii.
Ketua
Jabatan boleh beri pelepasan untuk masa peperiksaan sahaja
iii.
Ketua
Jabatan boleh minta pegawai datang bertugas
PENYELESAIAN
2
i.
Pegawai
boleh memohon cuti tanpa rekod walaupun peperiksaan diadakan malam hari
ii.
Ketua
Jabatan boleh beri kelulusan permohonan cuti tanpa rekod pegawai
iii.
Ketua
Jabatan bertanggungjawab terhadap kelulusan yang diberi
JAWAPAN
SECARA E-MEL DARIPADA PIHAK JPA
From: JULIANA NOREMY BINTI JAAFAR
[mailto:noremy.jaafar@jpa.gov.my]
Sent: Monday, October 26, 2009 8:46 AM
To:
Sent: Monday, October 26, 2009 8:46 AM
To:
Subject: RE: SPP 17/2008 DAN PA 44 BAB C 1974
Salam..
Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel puan mengenai perkara
di atas.
PA 44 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh
meluluskan Cuti Tidak Berekod atas budi bicaranya untuk membolehkan seseorang pegawai
di bawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang diangap oleh Ketua
Jabatan boleh membaiki peluang hidup. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan adalah
bertanggungjawab dalam membuat pertimbangan terhadap permohonan bagi
kemudahan Cuti Tidak Berekod kepada pegawai bagi menghadiri peperiksaan
yang dirasakan oleh Ketua Jabatan boleh membaiki peluang hidup.
Sekian, terima kasih.
JULIANA NOREMY JAAFAR
BAHAGIAN SARAAN
JPA
Aku: Emel bertarikh Mon 26/10/2009 1:39 PM
2 comments:
puan,
sekiranya seseorang guru telah menghadiri kursus sehingga melewati ari cuti minggu ,contoh di Kedah Cti mgu Jmat dan Sabtu.Adakah guru tersebut layak mendapat 1 hari Cuti Tanpa Rekod?
Adakah cuti Tanpa Rekod Khas untuk Jurulatih Utama sahaja
Pegawai yang berkursus tidak layak cuti gantian. Syarat kelayakan mendapat cuti gantian adalah pegawai diarahkan bertugas lebih masa dan pegawai yang tidak layak Bayaran Lebih Masa/sebarang bayaran khas lain. Berkursus sekalipun meliputi Hari Kelepasan Am atau Hari Kelepasan Mingguan bukanlah bermaksud bertugas lebih masa melainkan kebenaran meninggalkan pejabat atau cuti daripada melakukan kerja hakiki.
Post a Comment