Mungkin tuan/puan sudah maklum, saya forward juga untuk
kongsi.
DARI WEB JPA
Maklum Balas: “Naikkan Pangkat Penolong Pegawai Tadbir”
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca bertajuk “Naikkan Pangkat Penolong Pegawai Tadbir” oleh
Penolong Pegawai Terbiar, Kota Kinabalu, Sabah yang disiarkan dalam akhbar
Utusan Malaysia pada 12 Ogos 2009.
Peluang kemajuan kerjaya Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian tidak terhad kepada perkhidmatan Pegawai Tadbir Persekutuan semata-semata. Dalam hal ini, seseorang PPT yang memiliki kelayakan peringkat ijazah boleh memohon mana-mana jawatan di skim-skim perkhidmatan di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional tertakluk kepada syarat lantikan yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan yang berkenaan. Pada masa yang sama pegawai boleh memohon untuk mengisi mana-mana jawatan Pegawai Tadbir di peringkat Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang kosong.
Peluang kemajuan kerjaya Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian tidak terhad kepada perkhidmatan Pegawai Tadbir Persekutuan semata-semata. Dalam hal ini, seseorang PPT yang memiliki kelayakan peringkat ijazah boleh memohon mana-mana jawatan di skim-skim perkhidmatan di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional tertakluk kepada syarat lantikan yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan yang berkenaan. Pada masa yang sama pegawai boleh memohon untuk mengisi mana-mana jawatan Pegawai Tadbir di peringkat Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang kosong.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
1 September 2009
**********************************************
Siaran Akhbar: “Salah Guna Cuti Sakit”
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca bertajuk “Salah Guna Cuti Sakit” oleh Kakitangan Lama,
Putrajaya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 6 Oktober 2009.
Peraturan mengenai kemudahan Cuti Sakit diperuntukkan di bawah Perintah Am
15 Bab ‘C’ yang menjelaskan
bahawa Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang
telah disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya oleh
seorang Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang
ahli Panel Doktor. Pengesahan tidak sihat ini hendaklah dibuat di atas sijil
sakit.
Di bawah peruntukan Perintah Am yang sama juga, Ketua Jabatan diberi kuasa
untuk menerima mengikut budi bicaranya sendiri sebarang sijil sakit yang
dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan daripada Pegawai Perubatan
Kerajaan terhad kepada tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.
Penentuan seseorang pegawai itu tidak sihat untuk menjalankan tugasnya
adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Perubatan atau doktor swasta mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis
Perubatan Malaysia. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan boleh meluluskan
kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang dapat membuktikan bahawa
dirinya tidak sihat untuk bertugas dengan mengemukakan sijil sakit dari Pegawai
Perubatan atau doktor swasta.
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan
kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai jika Ketua Jabatan mendapati
sijil sakit yang dikemukakan itu diperolehi dengan cara yang tidak sepatutnya.
Contohnya, pegawai membeli sijil sakit atau mengubah tarikh yang telah
dinyatakan di dalam sijil sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan atau
doktor swasta.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
19 Oktober 2009
**********************************************
Siaran Akhbar: “Diploma Sains Kesetiausahaan ‘Setaraf’ SPM”
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat
pembaca Setiausaha Kecil Hati, Labuan bertajuk “Diploma Sains Kesetiausahaan ‘Setaraf’ SPM” yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian
pada 22 September 2009.
Penetapan gred gaji jawatan dalam skim perkhidmatan
adalah berdasarkan kelayakan masuk minimum dan juga kadar upah untuk kerja.
Bagi skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (PT(Kes)) Gred N17, kelayakan masuk
minimum adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred gaji jawatan pada
P1T1 (RM820.38 sebulan) (sama seperti skim-skim perkhidmatan lain yang
mensyaratkan kelayakan masuk minimum SPM). Walau bagaimanapun, bagi pemegang
kelayakan diploma kesetiausahaan daripada politeknik tempatan termasuk Diploma
Sains Kesetiausahaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan
STPM, gred gaji permulaan mereka ditetapkan pada P1T9 (RM1,219.66 sebulan).
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
20 Oktober 2009
Aku: Emel bertarikh Wed 21/10/2009 4:09 PM
No comments:
Post a Comment