Teman,
hari-hari berulang-alik ke tempat kerja aku sering terfikir banyak perkara yang
menggerunkan berlaku di segenap pelusuk dunia. Nafas kehidupan semakin sempit.
Mungkin pada teman-teman tiada apa yang pelik kerana itu fitrah akhir zaman dan
teman-teman tetap terlebih bersedia. Sebaliknya, bagi diri yang nihil ini masih
terlalu banyak ruang ketidaksempurnaan untuk menghadapi mati. Sehingga aku
kerap berasa adakah aku hidup dalam generasi yang menghadapi hari kiamat.
Bencana yang berlaku di seluruh dunia hanya menterjemahkan lagi tanda-tanda
kiamat kecil. Sekadar menyebut beberapa contoh terkini ribut di Manila, gempa
bumi di Padang Sumatera, gempa bumi di Peru dan tsunami di US sungguh
menyesakkan dada. Benak sering mencatur dahsyatnya hari yang sibuk dan hati
terus-terus berdetik kencang mengenang nasib di sana. Insiden yang menjelaskan
lagi sabda Rasulullah, “Tidak berlakunya kiamat sehingga banyaknya berlaku
gempa bumi" melengkapkan kekhuatiran. Walaupun contoh petikan yang
diperoleh menyebutkan "Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa
sibukmu" merujuk menghargai waktu agar diisi dengan hal yang bermanfaat
baik untuk diri sendiri mahupun orang lain, namun pernah jua diterangkan maksud
‘waktu sibuk’ sebenarnya merujuk hari kiamat.
Aku: Emel bertarikh Fri 02/10/2009 7:48 AM
No comments:
Post a Comment