SITUASI
Masalah
pegawai memohon cuti rehat tetapi belum mempunyai tempoh perkhidmatan yang
melayakkan untuk bercuti, ketara berlaku pada akhir tahun. Sebagai contoh
pegawai tidak mempunyai baki cuti bagi tahun 2009 tetapi sudah mahu bercuti
pada Januari 2010. Sebaiknya pegawai berkhidmat
dahulu pada Januari 2010 kemudian barulah memohon untuk bercuti.
Tempoh yang digalakkan untuk memohon cuti pada Januari 2010 ialah selepas
15.1.2010. Mengapa pegawai tidak digalakkan memohon cuti rehat jika tidak mempunyai
baki cuti? Berikut antara sebabnya:
i. Pegawai
belum berkhidmat atau memberi apa-apa sumbangan kepada jabatan
ii.
Pegawai
baru dilantik, dalam tempoh percubaan dan belum disahkan dalam perkhidmatan
iii.
Pegawai
yang belum disahkan dalam perkhidmatan biasanya mudah meninggalkan jabatan
iv.
Kawalan
untuk mengelakkan pegawai mengambil cuti melebihi kelayakan untuk sesuatu bulan
v.
Mengelakkan
masalah kutipan balik emolumen disebabkan pegawai meletak jawatan secara tiba-tiba
Jika
terdapat keperluan yang sangat mendesak
untuk bercuti dan jika tidak dibenarkan pegawai terjerumus masalah tidak hadir
bertugas tanpa kebenaran, eloklah pegawai dibenarkan memohon cuti dan mendapat
kelulusan. Namun, kelulusan tetap di tangan ketua kepada pegawai itu. Walaupun
pihak JPA menyatakan tiada masalah pegawai hendak menggunakan cuti tahunannya
tetapi kawalan dalaman sangat perlu bagi
mengelakkan timbul bermacam-macam keadaan yang membelakangkan peraturan.
Bijaklah mengurus cuti (kemudahan yang diberi kerajaan) setiap tahun supaya ia
benar-benar memudahkan kita mengurus hal peribadi yang timbul sepanjang tempoh
setahun perkhidmatan kita. Jangan sampai berlaku
kebuntuan dan rintihan disebabkan kegagalan mengurus cuti sangat
hampir dengan tindakan berdasarkan PA 14A(a) Bab C dan Bahagian III Akta 605.
Ingat:
C.U.T.I
Cuti bukanlah hak tapi sering disalah anggap
Untuk boleh bercuti kelulusan sangat diharap
Tidaklah kita dituduh tidak peka tidak cekap
Ini semua bergantung pada sikap
Aku: Emel bertarikh Thu 24/12/2009 2:10 PM
No comments:
Post a Comment