Bicara ini sebuah inspirasi dan apresiasi buat
insan-insan yang memberikan motivasi tidak langsung kepada saya. Motivasi yang
saya kutip tanpa kalian sedari atau kalian tidak sedari pun kalian membuahkan motivasi.
Bagi sebuah inspirasi dan sebuah apresiasi bukankah hasilnya motivasi?
Senangnya begini, inspirasi bermaksud ilham. Ilham boleh memperkuat motivasi.
Apresiasi bermaksud penghargaan. Penghargaan selalu menyuburkan motivasi.
Kita sering mengharap perhubungan dan persahabatan
yang berkekalan. Tapi harapan sebegini terlalu unggul. Manusia sama macam waktu
yang berubah. Seorang kawan yang begitu akrab dan setia bisa mungkin tidak lagi
begitu selepas suatu tempoh. Bukan sahaja renggang lebih buruk apabila ia
bertukar menjadi musuh. Orang yang kita rasakan tenteram berbual dengannya
kerana perkataannya santun boleh sahaja pada suatu masa menuturkan perkataan
yang tajam dan sinis. Mengapa perkara begini terjadi? Kerana tertib
pergaulan dilanggari.
Saya lebih tenteram tidak ditegur ‘lambat ke hari
ni’ sedangkan pagi itu baru jam 7.00 dengan diri yang tidak dapat solat
disebabkan syuruk awal iaitu ketika waktu subuh masuk awal. Saya lebih hormat
insan-insan yang tidak pernah mendesak saya memandu ke pejabat atau mempersoal
mengapa saya tidak mahu cuba memandu ke pejabat.
Bagi saya, kita tidak perlu berkawan atau kenal
terlalu rapat dengan seseorang. Jika sudah terlalu rapat biasanya manusia
kurang hormat, kurang menghargai, kurang kerahsiaan. Apabila tertib pergaulan
dilanggar maka semua yang didapati semasa berkawan menjadi senjata atau alat
menghina kawan yang telah menjadi musuh atau memusuhi itu. Jika mahu juga
berkawan dengan begitu akrab, masing-masing perlu menyandarkan persahabatan
mereka pada agama. Dengan demikian, jika berlaku badai dalam perhubungan,
masing-masing mampu redha dan saling memaafkan. Persahabatan yang tidak
disandarkan pada agama memang akan goyah apabila diduga dengan cabaran.
- Cik Kamarul Izati – perpisahan dengan keluarga saudari yang dapat menerima saya seperti keluarga sendiri saat ziarah itu sangat mengharukan sampai saya tulis satu sajak.
- Puan Normahizan – pernah meluangkan masa demi tanya tentang Zahan. Momen begini menyentuh hati kerana puan seorang yang saya hormati.
- Puan Umi Jalilah – tahu nama anak saya Zahan yang saya tidak sangka ada orang yang kurang akrab dengan saya peduli nama anak saya.
- Puan Nor Mini – tahu saya pernah berbasikal pada waktu gelap pagi untuk menunggu bas.
- Puan Norlida – tahu saya suka membaca.
- Puan Hazlina – tahu saya menerima impak bagi sesuatu sebagai impak bagi keseluruhan.
- Puan Hanimasra – tahu saya banyak prinsip.
- Puan Rahimi – tahu saya tidak boleh buat dua kerja dalam satu masa.
- Puan Hafizoh, Puan Norashikin Abd Razak dan Puan Nor Azlinda Hashim – melayani saya sama sebagaimana mengenali saya pertama kali.
- Cik Aini – mengingati perkataan yang saya sebut pada tahun beliau dilantik.
- Encik Muhthar dan Pakcik Basri – dua orang yang memanggil saya ‘Faezah’.
- Dato’ Adnan – yang menegur saya kerana saya pernah susah senyum.
- Puan Nadia Abd Rahman – yang punyai daya prihatin lebih daripada orang lain pada waktu saya perlu.
- Puan Rahimah (staf Celcom yang bersama naik bas) dan Puan Rusmini – yang menawarkan diri membimbing saya memandu ke pejabat.
- Puan Latifah, Puan Saadiah, Cik Fiza PPUM, kedua-dua Puan Shamsiah serta Puan Siti yang menaiki bas lebih dari satu dekad dan lebih dari dua dekad, kalian inspirasi saya.
Insan yang saya sebut namanya pernah dan betul membuatkan saya wujud. Kalian membuahkan motivasi. Maka saya ingati sebagai inspirasi atau saya berikan apresiasi. Ramai lagi kenalan termasuk di SJK yang berbuat demikian dengan cara tersendiri seperti bertanya soalan, minta pandangan atau berkongsi situasi. Berkongsi makluman awal dengan bertanya peraturan cuti walau digunakan hanya selepas 5 bulan.
Terima kasih membuatkan saya wujud, hanya Allah
membalas kebaikan kepada kalian. Sebagai akhirnya, peganglah kata-kata, layani
manusia sebagaimana anda mahu manusia melayani anda. Sandarkan persahabatan
pada agama. Bersahabatlah demi natijah yang baik-baik sahaja.
Aku: Entry seterusnya adalah lebih kepada flash back. Ini adalah kerana baru hari ni mendapat kebenaran untuk berkongsi di sini.
Aku: Entry seterusnya adalah lebih kepada flash back. Ini adalah kerana baru hari ni mendapat kebenaran untuk berkongsi di sini.
No comments:
Post a Comment