Thursday, 24 January 2013

Adakah jika peperiksaan pada 8.30 malam perlu mohon CTR?


PERKONGSIAN

MAKLUMAT DARIPADA PERINTAH AM BAB C
Memasuki Peperiksaan - Dihadkan kepada tarikh/hari peperiksaan sahaja - PA 44 Bab C 1974


MAKLUMAT DARIPADA WEB JPA
44.  Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod atas budicaranya sendiri untuk membolehkan seseorang pegawai di bawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang dianggap oleh Ketua Jabatan boleh membaiki peluang hidup pegawai yang berkenaan. Cuti ini hendaklah dihadkan kepada masa yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja.


MAKLUMAT DARIPADA SEMAKAN DENGAN PEGAWAI KPM
Menurut pegawai KPM hanya ada dua keadaan seseorang pegawai dianggap meninggalkan tugas dengan kebenaran iaitu:
ü  menghadiri mesyuarat luar yang berkaitan tugas rasmi
ü  cuti


PENERANGAN
Daripada maklumat di atas dapat disimpulkan mengapa sesuatu cuti perlu dipohon dan diluluskan. Sebabnya ialah pada sesuatu masa, tarikh atau hari kita ada komitmen di luar dari tempat kerja yang menyebabkan kita tidak dapat menjalankan tugas hakiki. Justeru sesuatu cuti perlu dipohon dan diluluskan Ketua Jabatan apabila kita perlu “meninggalkan tugas dengan kebenaran.” Kenyataan ini turut merujuk pegawai yang belajar secara sambilan yang memasuki peperiksaan. Waktu bekerja pegawai adalah siang sama ada WBB1, WBB2 atau WBB3. Jika peperiksaan diadakan pada waktu malam, adakah masa peperiksaan itu menyebabkan pegawai perlu meninggalkan tugas untuk memohon CTR PA44 Bab C? Jawapannya, TIDAK kecuali jika contohnya pegawai seorang Jururawat atau Operator Wayarles yang belajar secara sambilan, mempunyai waktu kerja secara giliran, perlulah dia memohon CTR PA44 Bab C supaya “peninggalan tugasnya dengan kebenaran” pada waktu giliran malam jika peperiksaan diadakan pada waktu malam. Tajuk CTR ini juga “memasuki peperiksaan.”


Aku: Emel bertarikh Fri 16/10/2009 4:27 PM

 

No comments: