Tuesday, 22 January 2013

ianya?



 IANYA?



Semasa menghadiri satu Kursus Tatabahasa, saya dan peserta lain dimaklumkan bahawa ‘ianya’ tiada dalam bahasa Malaysia. Walaupun macam tidak percaya sebab ramai yang gemar menggunanya, kata-kata penceramah terus berlegar-legar dalam ingatan. Mengapa ‘ianya’ tiada dalam penulisan bahasa Malaysia?



Berdasarkan semakan dalam Kamus Dewan didapati:



Ia – kata ganti diri ketiga, dia

(Kamus Dewan m/s 474)

 

Nya – kata ganti nama diri orang ketiga seperti beliau, dia

(Kamus Dewan m/s 935)



‘Ia’ dan ‘nya’ adalah kata ganti diri ketiga. Oleh itu, kedua-duanya tidak wajar dan kurang tepat sekiranya digabungkan dalam penulisan.

 

 BERBAHASALAH DENGAN PERSIS

 
Aku: Emel bertarikh Tue 18/11/2008 7:42 AM



No comments: