Thursday, 24 January 2013

Kesimpulan cuti tanpa rekod memasuki peperiksaan

MAKLUMAN
Saya kembali dengan jawapan terhadap janji untuk menyemak cuti tanpa rekod memasuki peperiksaan. Jawapan asas yang diperoleh hasil percakapan di telefon dengan pegawai JPA pada pagi ini iaitu pemberian cuti tanpa rekod memasuki peperiksaan:
-       terpulang kepada Ketua Jabatan
-       tidak kira apa jenis periksa

Benar, seperti yang saya rasakan jika peperiksaan diadakan pada malam hari, waktu kerja pegawai siang sahaja (normal), masa peperiksaan tidak termasuk dalam masa tugas, pegawai tidak perlu cuti tanpa rekod. Jika perlu melakukan persediaan pegawai boleh memohon cuti rehat. Tetapi pegawai ada bertanya lagi jika cuti tanpa rekod perlu dipohon untuk masa periksa yang termasuk dalam masa tugas, mengapa cuti tanpa rekod tetap diberi satu hari jika periksa diadakan waktu siang untuk tempoh contohnya 2.00 petang hingga 4.00 petang?

Kesimpulan yang kami sepakati tentang cuti tanpa rekod memasuki peperiksaan ini:

PENYELESAIAN 1
i.              Pegawai tidak perlu mohon cuti tanpa rekod
ii.             Ketua Jabatan boleh beri pelepasan untuk masa peperiksaan sahaja
iii.            Ketua Jabatan boleh minta pegawai datang bertugas

PENYELESAIAN 2
i.              Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod walaupun peperiksaan diadakan malam hari
ii.             Ketua Jabatan boleh beri kelulusan permohonan cuti tanpa rekod pegawai
iii.            Ketua Jabatan bertanggungjawab terhadap kelulusan yang diberi



JAWAPAN SECARA E-MEL DARIPADA PIHAK JPA
From: JULIANA NOREMY BINTI JAAFAR [mailto:noremy.jaafar@jpa.gov.my]
Sent: Monday, October 26, 2009 8:46 AM
To: 
 Subject: RE: SPP 17/2008 DAN PA 44 BAB C 1974

Salam..

Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel puan mengenai perkara di atas.

PA 44 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Tidak Berekod atas budi bicaranya untuk membolehkan seseorang pegawai di bawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang diangap oleh Ketua Jabatan boleh membaiki peluang hidup. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab dalam membuat pertimbangan terhadap permohonan bagi kemudahan Cuti Tidak Berekod kepada pegawai bagi menghadiri peperiksaan yang dirasakan oleh Ketua Jabatan boleh membaiki peluang hidup.

Sekian, terima kasih.


JULIANA NOREMY JAAFAR
BAHAGIAN SARAAN
JPA


Aku: Emel bertarikh Mon 26/10/2009 1:39 PM

 

2 comments:

Anonymous said...

puan,
sekiranya seseorang guru telah menghadiri kursus sehingga melewati ari cuti minggu ,contoh di Kedah Cti mgu Jmat dan Sabtu.Adakah guru tersebut layak mendapat 1 hari Cuti Tanpa Rekod?
Adakah cuti Tanpa Rekod Khas untuk Jurulatih Utama sahaja

Unknown said...

Pegawai yang berkursus tidak layak cuti gantian. Syarat kelayakan mendapat cuti gantian adalah pegawai diarahkan bertugas lebih masa dan pegawai yang tidak layak Bayaran Lebih Masa/sebarang bayaran khas lain. Berkursus sekalipun meliputi Hari Kelepasan Am atau Hari Kelepasan Mingguan bukanlah bermaksud bertugas lebih masa melainkan kebenaran meninggalkan pejabat atau cuti daripada melakukan kerja hakiki.