Thursday, 24 January 2013

Cuti Tanpa Rekod



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Memang harapan saya kefahaman semua tentang cuti termasuk Cuti Tanpa Rekod (CTR) adalah standard. Apabila membincangkan CTR, yang popular ditanya adalah CTR selepas balik daripada kursus apabila  dalam tempoh kursus itu melibatkan hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am. Ini adalah CTR jenis pertama iaitu Cuti Gantian. Pegawai sering bertanya tidakkah dia layak diberi CTR kerana dia telah menyertai kursus pada hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am. Jawapan yang diterima daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memang selaras dan ini adalah hakikat yang sepatutnya diterima ramai.

Memang saya berasakan pelaksanaan CTR di setiap bahagian berbeza-beza. Ada yang telah diambil kerana diluluskan pegawai penyelia. Sepatutnya apabila seseorang pegawai mengemukakan permohonan CTR, perlu dilakukan semakan dari segi peraturan dan kelayakan pemohon. Saya suka berkongsi tentang cuti tanpa henti. Sesi yang diadakan pada 28.8.2009 dan 4.9.2009 sebenarnya eksklusif tentang cuti. Seperti biasa tidak ramai berminat.

Semakan terbaru tentang CTR memang betul-betul jelas dan sepatutnya diterima ramai bahawa pegawai yang diarahkan hadir Kursus Kenegaraan, Kursus Induksi atau apa jua kursus oleh jabatan atau melalui jabatan tidak membuatkan pegawai itu layak CTR walaupun tempoh berkursus meliputi hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.

Sekiranya telah terlepas mana-mana cuti yang pegawai telah memohon dan diluluskan tetapi sebenarnya bukanlah CTR bolehlah dilakukan tindakan berikut:
i.             Ditampung menggunakan cuti rehat tahunan
ii.            Diurus PA 14A(a) Bab C
iii.           Ditampung menggunakan GCR tahun yang sama



Aku: Emel bertarikh 30/09/2009 4:54 PM

No comments: