Tuesday, 22 January 2013

Medical Leave




 CUTI SAKIT


  1. Cuti sakit tersenarai antara jenis cuti yang diberi atas sebab perubatan seperti berikut:

  1. Cuti sakit
  2. Cuti sakit lanjutan
  3. Cuti pemulihan dan kerantina
  4. Cuti bersalin
  5. Cuti kecederaan
  6. Cuti tibi, kusta dan barah
- Peraturan 16 Bab C


  1. Rujukan bagi cuti sakit ialah:
  • Perintah Am Bab C
  • Perintah Am Bab F 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 (PP 2/2006), Pindaan Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit


  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 meminda Peraturan 15 Bab C berkaitan penerimaan sijil sakit swasta:

Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit
Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor swasta tanpa sokongan dari seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti yang tidak melebihi dua hari yang berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.

- Peraturan 15 Bab C



Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti
berikut:

  1. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau

  1. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan

  1. jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.

- Perenggan 3 (a), (b) dan (c)


  1. Peraturan 17 (a) Bab C dan peruntukan dalam PP 2/2006 Perenggan 3 (c) menjelaskan peruntukan yang sama:

Maksimum cuti sakit
Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember). Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu yang boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi cuti sakit.
- Peraturan 17 (a) Bab C


Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
- Perenggan 3 (c)


  1. Peraturan 18 Bab C dan Peraturan 19 (iii) Bab F adalah peruntukan berkaitan cuti sakit lebih 45 hari setahun:

Cuti sakit lebih 45 hari setahun
Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut-turut boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatannya untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melaporkan dirinya sakit lagi atau tidak.
- Peraturan 18 Bab C


Bila lembaga boleh dipanggil
Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Perintah-perintah Am Bab C dan dalam bab ini, Lembaga Perubatan boleh dipanggil:

(iii) apabila tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih;

- Peraturan 19 (iii) Bab F


  1. Situasi sama ada pegawai layak cuti sakit atau tidak

BIL
SITUASI
CATATAN
1.
Cuti rehat di dalam Malaysia
Layak selama masa yang dia diakui oleh Pegawai Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas (Peraturan 19)

2.
Cuti rehat di luar Malaysia
Tidak layak kecuali jatuh sakit pada tarikh ia patut balik (Peraturan 20 (a))

3.
Cuti separuh gaji/tanpa gaji di dalam Malaysia

Tidak layak (Peraturan 21 (a))
4.
Cuti separuh gaji/tanpa gaji di luar Malaysia
Layak jika jatuh sakit menyebabkan beliau tidak dapat balik (Peraturan 21 (b))





Aku: Emel bertarikh Wed 09/07/2008 3:22 PM

No comments: