Jika seseorang pegawai yang dilantik sesebuah agensi kerajaan hendak meletak jawatan perkara ini perlu diurus berpandukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U.{A} 176/2005). Pegawai bercadang meletak jawatan kerana ditawarkan jawatan lain di agensi lain. Peraturan 51(1)(a), 51(1)(b) dan 51(1)(c) merupakan peruntukan untuk panduan pegawai meletak jawatan.
Seseorang
pegawai yang sudah berkhidmat jika ingin memohon jawatan di agensi lain, perlu
memohon melalui Ketua Jabatan. Sekiranya mereka berjaya dalam temu duga
kemudian ditawarkan jawatan di agensi yang dipohon, pegawai ini perlu diurus
pelepasan jawatan dengan izin. Perkara ini dirujuk dalam Peraturan 17 (P.U.{A}
176/2005) – permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat. Apabila kita
membaca Peraturan 54 (P.U.{A} 176/2005) secara langsung kita perlu merujuk
Peraturan 17 (P.U.{A} 176/2005). Apabila mengurus peletakan dan pelepasan
jawatan dengan izin kita perlu merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun
1980 (PP 2/1980).
Walaupun kita beranggapan seseorang
pegawai yang telah dilantik ke jawatan tetap tidak mengambil risiko
menerima tawaran jawatan kontrak di agensi lain, mungkin kita perlu mengurus
perkara sebegini kelak. Justeru kita perlu mengambil kira kesemua perkara yang
menjadi kesan dan memberi kesan atau disebut impak pada perkhidmatan pegawai ini dalam perkhidmatan awam.
Seseorang pegawai yang dilantik tetap ke dalam perkhidmatan awam atau sebuah
badan berkanun (yang dirujuk dalam kes ini) secara langsung tertakluk kepada
Perintah-perintah Am Kerajaan, Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam, Skim
Perkhidmatan, Pekeliling dan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan
dari semasa ke semasa dan peraturan-peraturan dalam Akta Badan-badan Berkanun
(Akta Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
Pegawai yang telah dilantik tetap masih
dalam tempoh percubaan kemudian bercadang meletak jawatan, perlu diurus
berdasarkan Peraturan 51(1)(b) dan PP 2/1980. Kita perlu mengurus perkara ini dengan
teliti bagi mengelakkan pegawai kehilangan tempoh perkhidmatan yang boleh
dimasuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain
walaupun apabila bertukar Pihak Berkuasa Melantik pegawai kehilangan cuti yang
dikumpul sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) (PP 7/2003 & PP 18/2008) (jika
ada) dan tambahan cuti lima hari setelah berkhidmat 10 tahun atau lebih (PP
4/2002) (jika berkenaan). Berikut contoh urusan peletakan dan pelepasan jawatan
dengan izin pegawai dalam tempoh percubaan.
PEGAWAI TETAP BELUM DISAHKAN DALAM
PERKHIDMATAN
PILIHAN 1
Pegawai dilantik tetap tetapi belum
disahkan dalam perkhidmatan bermakna masih dalam tempoh percubaan. Beliau
hendak mengemukakan permohonan peletakan jawatan 30 hari mulai 6.6.2009 hingga 5.7.2009
– Peraturan 51(1)(b) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U.{A} 176/2005)
PILIHAN 2
Pegawai dilantik tetap tetapi belum
disahkan dalam perkhidmatan bermakna masih dalam tempoh percubaan. Beliau
hendak mengemukakan permohonan pemendekan tempoh notis peletakan jawatan daripada
30 hari kepada 15 hari mulai 6.6.2009 kepada 20.6.2009 – Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1980 dan Peraturan 53(a) Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005
(P.U.{A} 176/2005)
PILIHAN 3
Pegawai dilantik tetap tetapi belum
disahkan dalam perkhidmatan bermakna masih dalam tempoh percubaan. Beliau
hendak mengemukakan permohonan peletakan jawatan dengan membayar sebulan gaji
sebagai ganti notis dan peletakan jawatan adalah berkuat kuasa pada 6.7.2009.
Maka tempoh sebulan gaji dikira dari 6.6.2009 hingga 5.7.2009 – Peraturan 51(1)(b)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U.{A} 176/2005)
Aku: Emel bertarikh Fri 06/11/2009 8:40 AM
No comments:
Post a Comment