Thursday, 24 January 2013

Jika sudi dibaca

 
Tiga cara yang biasa digunakan untuk mendapat maklumat iaitu melihat, mendengar dan membaca. Semua organ yang terlibat berada di kepala; mata, telinga dan mulut. Kepala pula mengandungi otak. Hidup ini tidak mudah. Kita diduga oleh makhluk yang terzahir dan tidak terzahir. Jika bukan manusia jahat yang mempengaruhi, makhluk bernama syaitan pula yang menggoda. Segala yang berlaku cukup kompleks penuh dengan tuntutan. Pada kesempatan singgah hidup di dunia jadilah manusia seorang insan.

Jika anda berfikir secara sehala - ‘tidak hadir bertugas anda sebagai pekerja mungkin tidak memberi impak kerana anda akan berfikir:
-       Kerja di pejabat boleh dilakukan oleh orang lain
-       Ramai lagi orang lain buat tetapi tiada tindakan
-       Ini adalah masalah keduniaan
-       Aku tidak penting

Jika anda berfikir secara banyak penjuru - ‘tidak hadir bertugas anda sebagai pekerja akan memberi impak mendalam kerana anda akan berfikir:
-      Kerja di pejabat memang boleh dilakukan oleh orang lain tetapi kerja itu diamanahkan kepada anda. Jika amanah tidak penting mengapa disebut sebanyak 64 kali dalam Al-Quran.
-       Memang ramai orang lain buat dan tiada tindakan, ini tidak bermaksud pihak pengurusan tidak peka sebaliknya peluang yang begitu luas diberikan untuk anda insaf
-       Ini memang masalah keduniaan tetapi selepas mati kita masih dipertanggungjawabkan terhadap tingkah laku di dunia
-       Anda mungkin berfikiran anda tidak penting tetapi cuba umpamakan anda sebatang skru pada sebuah mesin. Bolehkah mesin yang tercabut satu skru berfungsi sama seperti mesin yang sempurna? Begitulah anda dalam Jabatan. Anda penting tanpa mengira jawatan. Masuknya anda ke dalam Jabatan, anda membawa nama yang besar ini.

Bacalah dengan hati. 


Aku: Emel bertarikh Wed 28/10/2009 9:13 AM

 

No comments: