Tuesday, 22 January 2013

swaakreditasi @ swa-akreditasi?



 SWAAKREDITASI

Imbuhan awalan ‘swa’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang mendukung makna ‘sendiri’. Kata ini digabung dengan kata dasar, contohnya swa + tenaga. Kata swatenaga tergolong sebagai kata nama yang membawa makna tenaga sendiri. Antara kata nama lain yang diimbuhkan dengan awalan ‘swa’ ialah swasta, swalayan, swadaya, swadesi, swakarya, swapraja, swasambada, swasenyawa dan swaraya. Kata nama ‘swasta’ kerap digunakan orang. Rujuk Kamus Dewan m/s 1331.

Maka perkataan ‘swa’ boleh juga diimbuhkan kepada perkataan ‘akreditasi’ iaitu ‘swaakreditasi’ yang bermaksud ‘akreditasi sendiri’. Walaupun janggal jika tidak diletak sempang, penulisan ‘swa’ yang diimbuhkan kepada kata dasar ‘akreditasi’ tidak memerlukan sempang untuk menjadi ‘swa-akreditasi’.

Mungkin anda tertanya mengapa perkataan ‘e-mel’ ada sempang?

Perkataan ‘e-mel’ adalah kependekan perkataan electronic mail (mel elektronik), rujuk Kamus Dewan m/s 334. Perkataan ‘e-mel’ memang terdapat dalam kamus dan cara penulisannya ada sempang. Dewasa ini, banyak perkataan dasar diimbuhkan dengan ‘e’ dihadapannya mungkin atas alasan sesuatu sistem itu adalah elektronik. Contohnya e-jari, e-direktori, e-perpustakaan dan e-borang. Cara penulisannya tidak boleh disamakan dengan cara penulisan kata dasar yang menerima imbuhan bahasa asing ‘swa’.

Cuba fikirkan apakah pula alasannya mengimbuhkan kata ‘tele’ kepada kata dasar ‘bank’ iaitu ‘tele-perbankan’?


Aku: Emel bertarikh Thu 20/11/2008 8:09 AM

No comments: