Cuti Tanpa Rekod (CTR) sering disalah tafsir kebanyakan warga di tempat kerja. CTR yang mengandungi 12 jenis sering disebut CTR sedangkan CTR adalah tajuk utama bagi kesemua 12 jenis itu.
Justeru
tindakan telah dibuat untuk menyemak dengan pihak luar yang dapat memberi
penerangan dan panduan bagaimanakah pemberian kemudahan CTR ini.
CTR
yang popular ditanya adalah CTR selepas
balik daripada kursus apabila dalam
tempoh kursus itu melibatkan hari rehat Sabtu,
hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am. Pegawai sering bertanya tidakkah
dia layak diberi CTR kerana dia telah menyertai kursus pada hari rehat Sabtu,
hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.
Jawapan
yang kami terima daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memang selaras
dan ini adalah hakikat yang sepatutnya diterima ramai.
i. Pegawai
yang menjadi peserta bagi sesuatu kursus tidak
layak mendapat CTR selepas balik daripada kursus.
ii. Menurut
pegawai JPA kursus sama ada Kursus Kenegaraan, Kursus Induksi atau apa jua kursus yang diarahkan jabatan atau melalui jabatan terhadap
seseorang pegawai tidak membuatkan pegawai itu layak CTR walaupun tempoh
berkursus meliputi hari rehat Sabtu,
hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.
iii. Dalam
AP 10/2008 memang ada tersenarai nama Biro Tata Negara, JPM sebagai satu badan
penganjur kursus yang membolehkan peserta diberikan CTR. Tetapi ramaikah
menyedari bahawa nama agensi ini tercatat dalam senarai badan penganjur kursus
bawah kemudahan CTR ‘Cuti Menghadiri
Latihan atau Khemah Kerja Tahunan’ yang boleh diberi tidak melebihi 14 hari
setahun dan tambahan 2 hari untuk perjalanan pergi dan balik?
iv. CTR ‘Cuti
Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan’ diberikan bagi tempoh
kursus tersebut sebenar-benarnya. Contohnya
pegawai dijemput menghadiri Khemah Kerja Tahunan anjuran PEMADAM mulai
1.10.2009 hingga 8.10.2009. Maka 1.10.2009 hingga 8.10.2009 itu adalah CTR.
v. Kemudahan
‘Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan’ diberi apabila pegawai sebagai individu memohon untuk menyertai dan Ketua Jabatan membenarkan.
vi. Apa
yang sering pegawai keliru adalah kemudahan Cuti Gantian selepas balik daripada kursus iaitu satu daripada 12
jenis CTR. Pegawai sering mempertikai mengapa mereka tidak layak CTR walaupun
telah bekerja atau berkursus yang melibatkan hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.
vii. Menurut
pegawai KPM hanya ada dua keadaan
seseorang pegawai dianggap meninggalkan tugas dengan kebenaran iaitu:
ü
menghadiri mesyuarat luar yang berkaitan tugas
rasmi
ü
cuti
Apabila
berkursus sebenarnya pegawai cuti
daripada melakukan kerja hakikinya. Ketidakhadiran bertugas selain dua perkara
ini dianggap tidak hadir tanpa kebenaran.
viii.Pegawai
KPM menambah tidak boleh ada dua cuti
dalam satu cuti. Kata-kata ini adalah kata kunci yang boleh mengelakkan
pegawai terus-terusan keliru apabila membincangkan hal cuti.
ix. Menurut
pegawai JPA apabila pegawai perlu hadir Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tata
Negara, JPM, arahan menghadiri sudah tentu melalui jabatan dan kursus ini berkaitan
dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Menghadiri dan lulus kursus ini adalah
kriteria pertimbangan anjakan gaji.
Ini bermakna Kursus Kenegaraan menjadi kursus yang wajib dihadiri pegawai untuk
melayakkannya yang telah lulus PTK dengan keputusan Aras IV dipertimbang
anjakan gaji. Harus disedari bahawa Biro Tata Negara, JPM pula tidaklah hanya
menganjurkan Kursus Kenegaraan.
x. CTR
‘Cuti Gantian’ yang diterangkan dalam AP 10/2008 pula diberi kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang
tidak layak dibayar elaun lebih masa dan pegawai yang layak dibayar elaun lebih
masa tetapi memohon untuk ditukarkan dengan Cuti Gantian.
Pegawai yang dirujuk
Puan Marzura Mohamad
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
03-8884 7775
Encik Fauzi Ajam
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
03-8885 4310
Tarikh semakan
29.9.2009
Kata-kata yang perlu diingati
Apabila
berkursus sebenarnya pegawai cuti daripada melakukan kerja hakikinya.
Ketidakhadiran bertugas selain menghadiri mesyuarat luar yang berkaitan tugas
rasmi dan cuti dianggap tidak hadir tanpa kebenaran.
Tidak
boleh ada dua cuti dalam satu cuti. Kata-kata ini adalah kata kunci yang boleh
mengelakkan pegawai berterusan keliru apabila membincangkan hal cuti.
Aku: emel bertarikh Wed 30/09/2009 4:54 PM
No comments:
Post a Comment