KATA-KATA
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa
memo bertajuk ‘Cuti Kecemasan’ akan diedarkan. Walaupun ‘kecemasan’ berdasarkan
peraturan kerajaan ialah:
i. Kebenaran tidak
hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa
bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah
berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan
terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa (PP 1/1986);
atau
ii. Kebenaran
mendapatkan rawatan kecemasan di hospital atau klinik swasta disebabkan
pegawai perlu rawatan serta-merta yang tidak boleh dilengahkan bagi
menyelamatkan nyawa (life-threatening) (PP 4/2001).
Edaran memo ini menandakan
toleransi sekiranya pegawai terpaksa tidak hadir bertugas atas sebab kecemasan
yang bersifat peribadi dengan syarat MAKLUMKAN
kepada Pegawai
Penyelia yang menjaga atau Ketua Jabatan tempat pegawai bertugas. Dengan
kemajuan yang dinikmati, pelbagai peralatan komunikasi canggih telah dimiliki
warga Jabatan. Seharusnya tiada masalah untuk MAKLUMKAN
jika terpaksa cuti kecemasan. Saya mohon kepada warga sentiasa pastikan
telefon bimbit tuan/puan berada dalam keadaan aktif untuk menghadapi sebarang
keadaan luar jangka supaya mudah MAKLUMKAN
ketidakhadiran.
Sesungguhnya MAKLUMKAN
tentang ketidakhadiran tidak memerlukan telefon bimbit dengan multifungsi yang
rumit cukup sekadar yang boleh digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar
mesej. Tiada masalah sekiranya telefon bimbit yang tuan/puan gunakan adalah
model Nokia 3310 sekalipun. Bersamalah melaksanakan tanggungjawab supaya tidak
menjejaskan tugas tuan/puan sebagai pegawai di Jabatan.
KAEDAH EDARAN
i.
Memo diserahkan kepada Penyelia Pembantu Tadbir setiap
tingkat
ii.
Penyelia Pembantu Tadbir edarkan memo kepada warga Jabatan di
tingkat berkenaan
Terima kasih.
Aku: Emel bertarikh Mon 19/10/2009 10:15 AM
No comments:
Post a Comment