Saya suka untuk berkongsi maklumat berikut:
Dalam
muka surat 30 Akta 605, Peraturan 22 hingga 25 menerangkan bahawa
ketidakhadiran tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa
sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang dikenakan tindakan tatatertib.
Walaupun catatan ini ditujukan kepada pegawai yang sedang dalam tempoh
percubaan, tidak rugi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan turut
membaca hingga selesai. Sebelum masalah seseorang pegawai dirujuk kepada Akta
605, peruntukan dalam P.U.(A) 176/2005 perlu dikuatkuasakan. Peraturan 46
P.U.(A) 176/2005 adalah peruntukan untuk tindakan penamatan perkhidmatan
pegawai yang belum disahkan.
Peruntukan
yang berkaitan dengan pegawai yang belum disahkan ialah Peraturan 46(c) ‘tidak mematuhi kehendak dalam Peraturan 19(1)(c).’
Peraturan 19(1)(c) P.U.(A) 176/2005 pula tentang pemeriksaan kesihatan dan
akuan berkanun. Pegawai yang dilantik Jabatan tertakluk bawah Akta 605.
Perkara ini dinyatakan dalam Seksyen 26 Akta 679 Akta Agensi Kelayakan Malaysia
2007. Semasa tawaran pelantikan, sudah tentu pegawai ada menandatangani Aku
Janji. Pegawai yang telah menandatangani Aku Janji mesti mematuhi
peruntukan dalam Akta 605 dan tidak boleh dengan sengaja melakukan pelanggaran
terhadap perkara berikut:
(i)
akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat,
bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab
(ii)
tidak akan membelakangkan
kewajipan saya kepada MQA demi kepentingan peribadi saya
(iii)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin boleh
menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kewajipan saya kepadaJabatan
(iv)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan
syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya
bercanggah dengan kewajipan kepada Jabatan sehingga menjejaskan kegunaansaya sebagai seorang pegawaiJabatan
(v)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh
memburukkan atau mencemarkan nama Jabatan
(vi)
tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan
apa-apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah
Jadi
Jabatan sebagai majikan yang membayar gaji berhak menguatkuasakan tindakan yang
sesuai dari semasa ke semasa terhadap pegawai bermasalah yang belum disahkan
dalam perkhidmatan juga kepada pegawai yang sudah disahkan dalam perkhidmatan.
Semasa pelantikan berpandukan kepada P.U.(A) 176/2005 dan apabila memasuki
perkhidmatan perlu mematuhi Akta 605 dan akta ini pula termaktub
dalam Akta 679.
Aku: Emel bertarikh Tue 06/10/2009 5:51 PM
No comments:
Post a Comment