Oleh sebab PP 23/2009 telah
membatalkan PP 2/1980 pemakaian untuk Pihak Berkuasa Berkanun (Badan Berkanun
Persekutuan) seperti MQA ini terfokus pada Perkara
7(j), 8(b) dan 13 tentang perlunya peletakan jawatan dan pelepasan dengan
izin. Apabila merujuk peraturan berkaitan kelayakan cuti dan GCR yang telah
dikumpul ketetapannya seolah-olah fokus secara langsung kepada takrif ‘perkhidmatan awam’ dalam Perkara 132 Perlembagaan
Persekutuan yang menyatakan Pihak Berkuasa Berkanun tidak termasuk takrif
tersebut.
Cuma
persoalannya ialah adakah disebabkan pegawai diluluskan pertukaran pelantikan
PP 17/2002 kelayakan cuti dan GCR pegawai tidak terjejas kerana pekeliling ini
memang peruntukan untuk permohonan pegawai ke jawatan dalam skim perkhidmatan
yang sama yang berada bawah PBM yang lain? Tambahan pula PP 17/2002
mentakrifkan Pihak Berkuasa Berkanun sebagai ‘agensi awam.’ Persoalan
tentang kebenaran membawa kelayakan cuti dan GCR apabila bertukar PBM
berdasarkan PP 17/2002 perlu semakan lanjut.
Perkara 3 muka surat 3 PP
7/2003 : Pengumpulan cuti (90 hari) dalam Peraturan 21
Peraturan-peraturan Pencen 1980
Perkara 6 muka surat 3 PP
7/2003 : Jumlah keseluruhan cuti rehat yang dibenar dikumpul bagi GCR sepanjang
perkhidmatannya hendaklah tidak melebihi 120 hari
Perkara 4 muka surat 2 PP
18/2008 : Di bawah pekeliling perkhidmatan ini, maksimum cuti rehat dan cuti
rehat khas yang boleh dikumpul bagi GCR ialah sebanyak 150
hari berkuat kuasa pada 1 Januari 2009
SOALAN LAZIM GCR
SOALAN 1
Bolehkah GCR digunakan?
JAWAPAN
GCR boleh digunakan tetapi
tidak digalakkan. Jika hendak guna GCR untuk menampung terlebih/kesilapan cuti
seeloknya menggunakan GCR yang dikumpul pada tahun yang sama.
i.
GCR
bagi sesuatu tahun boleh digunakan apabila semasa semakan pada akhir sesuatu
tahun didapati cuti yang diambil terlebih dan cuti terlebih itu boleh ditampung
menggunakan GCR.
ii.
Pada
tahun persaraan, GCR yang telah dikumpul sepanjang perkhidmatan akan digunakan
untuk menampung cuti yang terlebih ambil sepanjang perkhidmatan.
iii.
Pihak
BPSM pernah ‘menyelamatkan’ rekod cuti seorang pegawai yang silap pengurusan
cutinya menggunakan GCR. Kesilapan yang berlaku ialah pegawai ini didapati
telah menggunakan cuti in advance (cuti tahun depan digunakan pada tahun semasa).
SOALAN 2
Bagaimana jika seseorang
pegawai hendak menggunakan GCR yang telah dikumpul?
JAWAPAN
GCR yang direkod pada
Kenyataan Cuti dalam Buku Perkhidmatan dipotong dan menurunkan parap (initial).
SOALAN 3
GCR hanya boleh dikumpul dan digunakan
pada tahun yang sama. Apa maksud ‘tahun yang sama’?
JAWAPAN
Maksud ‘tahun yang sama’
seperti contoh berikut.
REKOD CUTI SARIMAH KASIM PT
(P/O) N17 BAGI TAHUN 2009
Nama
|
Cuti tahun lepas (A)
|
Cuti layak (B)
|
Jumlah cuti layak (A+B) (C)
|
Jumlah cuti diambil (D)
|
Baki cuti
(C-D) (E)
|
Cuti bawa ke hadapan
|
Cuti bagi GCR
|
Sarimah Kasim
|
5
|
20
|
25
|
22
|
3
|
0
|
3
|
Apabila disemak pada akhir
tahun, cuti yang telah diambil oleh kakitangan tersebut rupa-rupanya 24 hari. Maka
cuti yang telah dikumpul untuk GCR bagi tahun 2009 boleh digunakan untuk
menampung cuti terlebih ambil sebanyak 2 hari pada tahun 2009.
SOALAN 4
Bukankah GCR dikumpul pada
tahun sebelumnya dan pegawai akan menerima cuti tahunan pada tahun berikutnya.
Jadi bagaimanakah GCR tahun sebelumnya digunakan?
JAWAPAN
GCR tahun sebelumnya
digunakan untuk menampung masalah cuti bagi ‘tahun yang sama.’ Kelayakan cuti
pada tahun akan datang tidak boleh digunakan untuk menampung masalah cuti pada
tahun semasa.
SOALAN
5
Bolehkah jelaskan kenyataan
berikut:
Jika
ada pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi hendak mengumpul GCR
dia haruslah:
i.
Setia kepada Jabatan
mulai disahkan dalam perkhidmatan sehinggalah punah bakti (pencen) kerana GCR
hanya akan dibayar agensi terakhir pegawai berkhidmat.
ii.
Tidak berasa
kecewa sekiranya bertukar ke jabatan lain (disebabkan masih mencari-cari
peluang ke jabatan lain walaupun telah dilantik Jabatan) dan GCR yang telah
dikumpul sejak sebelum disahkan dalam perkhidmatan dikira luput (tidak boleh
dibawa ke jabatan baru).
iii.
Sesungguhnya GCR
dan tambahan cuti 5 hari (PP 4/2002 dan PP 20/2005) kerana genap berkhidmat 10
tahun bawah pihak berkuasa melantik sama tidak dibawa apabila pegawai bertukar
pihak berkuasa melantik.
JAWAPAN
Ia mempunyai penerangan yang
lebih sempurna jika dirujuk pada Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang
sedang disemak maksud ‘perkhidmatan awam.’ Secara ringkas maksud kenyataan ini
ialah jika seseorang warga Jabatan bertukar perkhidmatan kerana berjaya ditawarkan
pelantikan ke jawatan lain di agensi lain, warga ini tidak boleh membawa GCR
yang sudah dikumpul sepanjang perkhidmatan di Jabatan. Warga ini juga
dikira tahun pertama di agensi baru. Tambahan 5 hari cuti sekiranya telah
memperoleh semasa di Jabatan, turut tidak boleh dibawa. Apa yang
mengagregatkan perkhidmatan lepas ke perkhidmatan baru ialah kelulusan
pelepasan dengan izin yang dipohon semasa meletak jawatan (PP 23/2009).
Kenyataan ini timbul apabila warga yang belum disahkan dalam perkhidmatan
teringin mula mengumpul GCR.
Aku: Emel bertarikh Thu 10/12/2009 5:36 PM