Assalamualaikum,
Pohon dalam
Kamus Dewan adalah Pohon II. Pohon I bermaksud tumbuhan yang berbatang besar
serta keras.
Pohon II;
memohon, meminta dengan halus (dengan hormat). Contoh ayat - Pohon taufik dan hidayah-Nya (rujukan m/s 1047)
Mohon pula ada
dua makna iaitu:
Mohon 1; bh
(bahasa halus) minta, minta izin. Contoh ayat - Setelah itu maka sahaya mohonlah pulang
Mohon 2; sl
(sastera lama) ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah.
Contoh ayat:
Maka titah
baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka sembahnya,
“Ampunilah patik, tuanku.” (rujukan m/s
895)
Jika minta maaf
boleh guna memohon yang bermaksud meminta
(lebih halus).
Contoh ayat -
Kami memohon maaf atas kesilapan ini
Kesimpulannya, pohon ialah meminta dengan halus
manakala mohon ialah bahasa halus.
Pengalaman saya:
Saya pernah
dimaklumkan bahawa kita ada pilihan untuk guna pohon atau mohon kerana maksudnya
lebih kurang sama. Malah dikatakan bahawa jika dengan manusia sepatutnya kita
cakap, “Saya minta
maaf.” Jika dengan Allah bolehlah kita cakap, “Aku mohon ampun.” @ “Ya Allah ya
tuhanku, ampunilah
segala dosa-dosaku.”
Aku: Emel bertarikh Fri 31/10/2008 4:09 PM
No comments:
Post a Comment